Sunday, November 30, 2008

12 waktu

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:- 
1. Semasa Lailatul-Qadar. 
2. Ketika hujan turun. 
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat. 
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan. 
5. Di tengah malam. 
6. Di antara azan dan iqamah. 
7. Ketika sujud dalam solat. 8. Ketika iktidal akhir dalam solat. 
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran. 

10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur). 
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat. 
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah

7 kalimah

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah

12 BARISAN DI HARI KIAMAT


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surahan-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :- 

BARISAN PERTAMA 
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT 
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..." 

BARISAN KELIMA 
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KEENAM 
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..." 


BARISAN KETUJUH 
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KESEPULUH 
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..." 

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuatbaik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Amin........jadilah kita orang yang Barisan keduabelas.

Saturday, November 22, 2008

kisah seorang jejaka

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis , maka baginda pun berkata , "Wahai orang muda , kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu , "Ya Rasulullah S.A.W , ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu , maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W , "Ya Rasulullah S.A.W , kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan , maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu , "Wahai orang muda , apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"
Berkata orang muda itu , "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda , "Wahai para sahabatku , lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya , tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu , mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu , maka berkata ular tersebut ,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah , mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya , "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular , "Dia telah melakukan tiga kesalahan , di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan , dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

kasih ibu tiada tandingan....


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
 Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
 dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
 1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
 5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
 Jumlah : RM17.00
 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 
 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu - PERCUMA Jumlah
 Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
 Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
> >
> > Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
> >
> > mukasurat yang ditulisnya 

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

from akhil's grup...

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi
terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT
untuk membimbing manusia ke arah jalan
kebenaran. Tidak seperti umat nabi-
nabi yang lain, umat nabi Muhammad
telah diperintahkan untuk mengerjakan
solat 5 waktu setiap hari. Ini
merupakan kelebihan dan anugerah Allah
SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana
solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan
kelak. Berikut diterangkan asal-usul
bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat
subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu
ketika baginda keluar dari syurga lalu
diturunkan ke bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan
baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi
Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur
kerana baginda terlepas dari kegelapan
malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur
kerana siang telah menjelma.


ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat
Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu
tatkala Allah SWT telah memerintahkan
padanya agar menyembelih anaknya Nabi
Ismail a.s.. Seruan itu datang pada
waktu tergelincir matahari, lalu
sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat
rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur
bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur
kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur
dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur
kerana korbannya digantikan dengan
tebusan kibas.


ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat
Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah SWT
dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,
sedang ketika itu telah masuk waktu
Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus
lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah
SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i)Rakaat pertama: Kelam dengan
kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air
laut. I
ii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut
ikan Nun.


MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat
Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu
ketika baginda dikeluarkan oleh Allah
SWT dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah
terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat
kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan
ketuhanan selain daripada Allah yang
Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan
tuduhan dan juga tohmahan ke atas
ibunya Siti Mariam yang telah dituduh
melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan
kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua
atau tiganya.


ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat
Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada
ketika itu, Nabi Musa telah tersesat
mencari jalan keluar dari negeri
Madyan, sedang dalam dadanya penuh
dengan perasaan dukacita. Allah SWT
menghilangkan semua perasaan
dukacitanya itu pada waktu Isyak yang
akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa
empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita
terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita
terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita
terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita
terhadap anak Firaun

berkongsi pahala

  • Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
  • Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 
  • Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
  • Bantu mendidik seorang anak.
  • Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
  • Berkongsi CD Quran atau Do'a.
  • Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
  • Tempatkan pendingin air di tempat umum
  • Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

Thursday, November 20, 2008

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..." 

Jika perlu MARAH, marahlah..
 tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR. 

Jika perlu MENANGIS, menangislah. .
 tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG. 

Jika perlu PATUH, patuhlah..
 tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN. 

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
 

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.


Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.
 

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja
 keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH. 

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
 

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. . asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.


Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .

Bersederhanalah
...
 dalam segala hal adalah titik kejayaandalam semua perkara.. 
·
         Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh..terus sasau. 
·
         Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya.. 
 
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai andamenjadi hamba kepada harta.
 
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampaihilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.


Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta.
Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah. 

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar. 


Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "
 

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."


Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalahdalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda danmenyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah
... adalah jawapan kepada segala-galanya
 

Makna bacaan dalam solat seharian kita...


Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar.  

Doa Iftitah  Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.  Sesungguhnya solatku,  ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.  Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak  menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah  Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.  Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.  

Bacaan ketika rukuk  Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika bangun dari rukuk  Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal  Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud  Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud  Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan  maafkanlah akan daku.  

Bacaan ketika Tahiyat Awal  Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.  Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta  keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.  Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.




Bacaan ketika Tahiyat Akhir  Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.  Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.  Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.  Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.  Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


 


Tuesday, November 18, 2008

Tarbiyyah n dakwah


CINTA HATIKU














i'm proud to be a muslim...and u?

pesanan...jin mata satu

Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .  Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk  menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. termasukla smokers tu..hehe adik beradik! Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan  kubur. dinasihatkan apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. selalunya org  suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin eh?hehe   

Jin tidak mengetahui akan alam ghaib,  Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.  Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
 
 Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... macm orang selalu buat...kan simple je bace ayat quran..
 
Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi  dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.