Monday, March 2, 2009

Perubahan tabii punca nilai tamadun terhakis
Oleh Mohd Zamri Shafie



AZAN Isyak sedang berkumandang, datang seorang remaja untuk minta tandatangan borang bantuan persekolahan Baitulmal, lalu diminta beliau supaya menunaikan solat Isyak terlebih dulu. Remaja itu mengatakan dirinya tidak boleh solat kerana uzur.
Lidah terkedu seketika melihat remaja yang tidak dapat dibezakan jantinanya, lantaran rupa paras, pakaian (kemeja T dan seluar pendek paras lutut) serta bentuk badannya seolah-olah seorang remaja lelaki.
Ditanya kenapa jadi begitu, remaja berusia 13 tahun itu dengan pantas memberitahu itulah gaya pengkid dan ia hanya untuk sementara saja.
Alangkah sedihnya mengenangkan anak berbangsa Melayu, beragama Islam, terjebak dalam 'virus' kian membarah dalam dirinya. Budaya songsang itu kini parah berjangkit, tidak kenal usia walaupun bagi seorang remaja belasan tahun.
Inilah hakikatnya, budaya songsang sudah meresapi jiwa anak muda. Jika ia tidak diberi perhatian khusus, umat ini akan menerjah kembali kisah yang dipapar dalam al-Quran, kaum Nabi Lut yang dibinasakan Allah atas perlakuan songsang mereka.
Ini dirakamkan Allah supaya menjadi pengajaran dan peringatan dalam firman yang bermaksud: "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab daripada kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang yang (mendakwa) menyucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia daripada orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kesalahan." � (Surah al-A'raaf, ayat 80-84)
Mengubah keadaan diri daripada lelaki kepada perempuan dan sebaliknya adalah dilarang syariat Islam. Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa mengubah keadaan diri sama ada dari segi jantina, tabii semula jadi bertentangan fitrah dan ia adalah amalan syaitan musuh manusia.
Firman Allah yang bermaksud: "Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala (makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka; yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: Demi sesungguhnya, aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku); Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." � (Surah an-Nisa', ayat 117-119)
Allah menjadikan setiap makhluk-Nya berpasangan, lelaki dan perempuan dan Ia menciptakan mereka dengan ciri khusus sesuai dengan peranan dan tugas diamanahkan bagi memakmurkan bumi ini.
Sebagai manusia tidak kira lelaki atau wanita, dipertanggungjawabkan amanah Allah ke atas bahu mereka dan ia tidak boleh dipersia-siakan atau diabaikan. Perubahan terhadap jantina dan tabii manusia akan menyebabkan terhakis dan hilang lenyap nilai tamadun kemanusiaan seluruhnya.
Ia juga sama sekali akan melenyapkan dan mewujudkan pertentangan fitrah, pelanggaran syariat, kehilangan rasa tanggungjawab, kehancuran akhlak dan ketamadunan dibaham kerakusan nafsu yang menguasai diri.
Realiti budaya songsang yang berlaku adalah lingkaran dan belitan nafsu yang sentiasa mengawal perjalanan hidup seorang manusia dibuai keseronokan. Keseronokan bersifat sementara itu dikejar dan dihambat tanpa batasan ditetapkan Allah.
Rasulullah SAW menyatakan kebimbangan kepada umatnya supaya jangan dibuai keseronokan hawa nafsu dan cita-cita kehidupan yang melalaikan. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Daripada Jabir bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang sangat aku bimbangkan terhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita-cita, kerana hawa nafsu itu menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang cita-cita itu melengahkan amalan akhirat. Dan ingatlah! Dunia ini pada setiap saatnya berjalan pergi, dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang, sedang tiap-tiap satunya ada orang yang kasih dan setia kepada dunianya, oleh itu jika kamu dapat menahan diri daripada menjadi orang yang kasih dan setia kepadanya maka buatlah, kerana kamu pada hari ini berada di kampung yang ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab, dan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tidak ada peluang bagi segala amalan." � (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Orang mukmin di alam dunia ini terikat dengan ikatan taat setia kepada hukum Allah dan kewajipan menjaga diri daripada melakukan apa juga yang dilarang serta kewajipan membendung hawa nafsu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dunia ini ialah penjara orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." � (Hadis riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan Ibn Majah)
Maksud penjara dalam hadis ini bagi mukmin adalah tali yang mengikatnya daripada terjerumus ke lembah kebinasaan dicetus oleh nafsu dan syaitan yang melingkarinya. Memenjarakan nafsu adalah tugas utama yang perlu diberi perhatian sekalipun ia sukar.
Mereka yang berjaya memenjarakan nafsunya akan beroleh kebahagiaan dan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Sebaliknya bagi orang kafir, mereka tidak mempunyai ikatan kepada hukum dan pantang larang ditetapkan Allah, bahkan melakukan apa saja mengikut keinginan hawa nafsu.

Wednesday, February 18, 2009

Bersabarlah wahai Palestin
di kala kamu menghadapi musibah dan hari-hari yang tenat
sambil menunggu saat azab di bumi Gaza untuk tamat

Bersabarlah wahai Palestin
di kala kamu kehilangan harapan dan kepercayaan
kerana matahari hilang dan munculnya guruh petir dan kegelapan

Bersabarlah wahai Palestin
di kala kamu menangis, merayu, merintih, bersedih dan berduka
lalu tertanya-tanya ke mana hilangnya cahaya

Kerana wahai Palestin
di kala Allah menyembunyikan matahari daripada bumi Gaza
saat Dia menghadiahkan kamu pelangi akan tiba jua...

GAZA ITU MEMANGGIL MU
tangisan itu memanggilmu,
ratapan itu merayumu,
suara wanita yang tidak bermaya
jeritan si kecil yang tidak berdosa
ratapan si tua yang tidak terdaya
darah pemuda yang ditumpah
nyawa perwira yang dimamah
kau biarkan mereka dilapah
suara sayu memanggilmu
bumi Gaza yang diserbu
dek bangsat yang penuh muslihat
tentera khianat yang dilaknat

tergamaknya kau bersahaja
cuma menjadi penonton setia
sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
tanpa kau rasa duka
airmata dosa membiarkan mereka dihina derita
manakah janji bahwa kita bersaudara
darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan
bangkitlah dengan keinsafan,hulurkan tangan pertolongan
demi Tuhan! buat Palestin yang ditawan!

Oleh Dr. mohd asri zainul abidin,lampeter, wales, uk.11.1.09
Gaza Terbala Sejak Karbala Dulukala

Oleh A.Kohar Ibrahim


gaza bala terdera bala
derita rakyat ala karbala
cela dunia tersilang sila
semenjak dulukala


gaza bala terdera bala
kala bocah pun mati terluka
wanita dan nenek kakek mandi darah
apakah perang masih bisa dibela
selaku pembela adab
meski aksi itu beraksi
di kerangkeng suci
peradaban dunia
semesta ?


gaza bala terdera bala
akbar ! akbar ! akbar !
teriak hingga serak
akbar ! akbar ! akbar !
derita manusia betapa akbar
akbar ! akbar ! akbar !
teriak hingga serak
dosa pembesar
betapa akbar !


gaza bala terdera bala
ribuan luka terluka
beratus ratus naas tewas
tergempur bom tertimbun puing
desing peluru dencing klewang nyaring
campur baur teriak tangis teriak tempur
di bawah kibaran ragam panji dendam benci
praga gagah kegagahan di medan laga
dari choujiya, jabaliya hingga der el-balah


gaza bala terdera bala
derita rakyat ala karbala
cela dunia tersilang sila
semenjak dulukala

gaza bala terdera bala
akbar ! akbar ! akbar !
pembantaian manusia
betapa akbar
akbar ! akbar ! akbar !
teriak akbar sampai serak
amin anak lima taun tewas tertembak
berpuluh puluh amin pun aminah tewas tertembak
ratusan ribu hingga sejuta lebih manusia nyaris tewas terjebak


gaza bala terdera bala
akbar ! akbar ! akbar !
teriak akbar sampai serak
akbar oh betapa akbar
dosa dosa para pembesar
penguasa dunia akbar
penguasa dunia makar
penguasa dunia ingkar :
hak hak umat manusia mendasar !


gaza bala terdera bala
akbar ! akbar ! akbar !
dosa manusia berdosa akbar
pembinasa budi daya manusia
dendam kebencian tiada terkira
sekali pun di kerangkeng suci peradaban
sekali pun kibar kibar panji kemegahan
biadablah segala aksi kebiadaban
layak ganjaran yang maha akbar !


gaza bala terdera bala
derita rakyat ala karbala
cela dunia tersilang sila
semenjak dulukala
bila kah hilang sirna ?
di angkasa luas ingin ku lukis kaligrafi harmonis
kebebas-damaian umat manusia :
salam salom
alam dunia

(6 januari 2009)
BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minu man ringan kegemaran mengandungi arak .
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minu man itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah . Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minu man itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah .

Bagai man apun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minu man ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedi kit . Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih . Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0 . 1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah .

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minu man tidak dinyatakan dengan jelas pada label . . ' Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minu man ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya, ' katanya .
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Za man Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya .

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minu man dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan . ' Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen . Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami, ' katanya .

Beliau mengakui minu man tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena . . - Agensi