Monday, March 2, 2009

Perubahan tabii punca nilai tamadun terhakis
Oleh Mohd Zamri Shafie



AZAN Isyak sedang berkumandang, datang seorang remaja untuk minta tandatangan borang bantuan persekolahan Baitulmal, lalu diminta beliau supaya menunaikan solat Isyak terlebih dulu. Remaja itu mengatakan dirinya tidak boleh solat kerana uzur.
Lidah terkedu seketika melihat remaja yang tidak dapat dibezakan jantinanya, lantaran rupa paras, pakaian (kemeja T dan seluar pendek paras lutut) serta bentuk badannya seolah-olah seorang remaja lelaki.
Ditanya kenapa jadi begitu, remaja berusia 13 tahun itu dengan pantas memberitahu itulah gaya pengkid dan ia hanya untuk sementara saja.
Alangkah sedihnya mengenangkan anak berbangsa Melayu, beragama Islam, terjebak dalam 'virus' kian membarah dalam dirinya. Budaya songsang itu kini parah berjangkit, tidak kenal usia walaupun bagi seorang remaja belasan tahun.
Inilah hakikatnya, budaya songsang sudah meresapi jiwa anak muda. Jika ia tidak diberi perhatian khusus, umat ini akan menerjah kembali kisah yang dipapar dalam al-Quran, kaum Nabi Lut yang dibinasakan Allah atas perlakuan songsang mereka.
Ini dirakamkan Allah supaya menjadi pengajaran dan peringatan dalam firman yang bermaksud: "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab daripada kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang yang (mendakwa) menyucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia daripada orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kesalahan." � (Surah al-A'raaf, ayat 80-84)
Mengubah keadaan diri daripada lelaki kepada perempuan dan sebaliknya adalah dilarang syariat Islam. Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa mengubah keadaan diri sama ada dari segi jantina, tabii semula jadi bertentangan fitrah dan ia adalah amalan syaitan musuh manusia.
Firman Allah yang bermaksud: "Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala (makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka; yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: Demi sesungguhnya, aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku); Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." � (Surah an-Nisa', ayat 117-119)
Allah menjadikan setiap makhluk-Nya berpasangan, lelaki dan perempuan dan Ia menciptakan mereka dengan ciri khusus sesuai dengan peranan dan tugas diamanahkan bagi memakmurkan bumi ini.
Sebagai manusia tidak kira lelaki atau wanita, dipertanggungjawabkan amanah Allah ke atas bahu mereka dan ia tidak boleh dipersia-siakan atau diabaikan. Perubahan terhadap jantina dan tabii manusia akan menyebabkan terhakis dan hilang lenyap nilai tamadun kemanusiaan seluruhnya.
Ia juga sama sekali akan melenyapkan dan mewujudkan pertentangan fitrah, pelanggaran syariat, kehilangan rasa tanggungjawab, kehancuran akhlak dan ketamadunan dibaham kerakusan nafsu yang menguasai diri.
Realiti budaya songsang yang berlaku adalah lingkaran dan belitan nafsu yang sentiasa mengawal perjalanan hidup seorang manusia dibuai keseronokan. Keseronokan bersifat sementara itu dikejar dan dihambat tanpa batasan ditetapkan Allah.
Rasulullah SAW menyatakan kebimbangan kepada umatnya supaya jangan dibuai keseronokan hawa nafsu dan cita-cita kehidupan yang melalaikan. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Daripada Jabir bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang sangat aku bimbangkan terhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita-cita, kerana hawa nafsu itu menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang cita-cita itu melengahkan amalan akhirat. Dan ingatlah! Dunia ini pada setiap saatnya berjalan pergi, dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang, sedang tiap-tiap satunya ada orang yang kasih dan setia kepada dunianya, oleh itu jika kamu dapat menahan diri daripada menjadi orang yang kasih dan setia kepadanya maka buatlah, kerana kamu pada hari ini berada di kampung yang ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab, dan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tidak ada peluang bagi segala amalan." � (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Orang mukmin di alam dunia ini terikat dengan ikatan taat setia kepada hukum Allah dan kewajipan menjaga diri daripada melakukan apa juga yang dilarang serta kewajipan membendung hawa nafsu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dunia ini ialah penjara orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." � (Hadis riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan Ibn Majah)
Maksud penjara dalam hadis ini bagi mukmin adalah tali yang mengikatnya daripada terjerumus ke lembah kebinasaan dicetus oleh nafsu dan syaitan yang melingkarinya. Memenjarakan nafsu adalah tugas utama yang perlu diberi perhatian sekalipun ia sukar.
Mereka yang berjaya memenjarakan nafsunya akan beroleh kebahagiaan dan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Sebaliknya bagi orang kafir, mereka tidak mempunyai ikatan kepada hukum dan pantang larang ditetapkan Allah, bahkan melakukan apa saja mengikut keinginan hawa nafsu.

Wednesday, February 18, 2009

Bersabarlah wahai Palestin
di kala kamu menghadapi musibah dan hari-hari yang tenat
sambil menunggu saat azab di bumi Gaza untuk tamat

Bersabarlah wahai Palestin
di kala kamu kehilangan harapan dan kepercayaan
kerana matahari hilang dan munculnya guruh petir dan kegelapan

Bersabarlah wahai Palestin
di kala kamu menangis, merayu, merintih, bersedih dan berduka
lalu tertanya-tanya ke mana hilangnya cahaya

Kerana wahai Palestin
di kala Allah menyembunyikan matahari daripada bumi Gaza
saat Dia menghadiahkan kamu pelangi akan tiba jua...

GAZA ITU MEMANGGIL MU
tangisan itu memanggilmu,
ratapan itu merayumu,
suara wanita yang tidak bermaya
jeritan si kecil yang tidak berdosa
ratapan si tua yang tidak terdaya
darah pemuda yang ditumpah
nyawa perwira yang dimamah
kau biarkan mereka dilapah
suara sayu memanggilmu
bumi Gaza yang diserbu
dek bangsat yang penuh muslihat
tentera khianat yang dilaknat

tergamaknya kau bersahaja
cuma menjadi penonton setia
sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
tanpa kau rasa duka
airmata dosa membiarkan mereka dihina derita
manakah janji bahwa kita bersaudara
darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan
bangkitlah dengan keinsafan,hulurkan tangan pertolongan
demi Tuhan! buat Palestin yang ditawan!

Oleh Dr. mohd asri zainul abidin,lampeter, wales, uk.11.1.09
Gaza Terbala Sejak Karbala Dulukala

Oleh A.Kohar Ibrahim


gaza bala terdera bala
derita rakyat ala karbala
cela dunia tersilang sila
semenjak dulukala


gaza bala terdera bala
kala bocah pun mati terluka
wanita dan nenek kakek mandi darah
apakah perang masih bisa dibela
selaku pembela adab
meski aksi itu beraksi
di kerangkeng suci
peradaban dunia
semesta ?


gaza bala terdera bala
akbar ! akbar ! akbar !
teriak hingga serak
akbar ! akbar ! akbar !
derita manusia betapa akbar
akbar ! akbar ! akbar !
teriak hingga serak
dosa pembesar
betapa akbar !


gaza bala terdera bala
ribuan luka terluka
beratus ratus naas tewas
tergempur bom tertimbun puing
desing peluru dencing klewang nyaring
campur baur teriak tangis teriak tempur
di bawah kibaran ragam panji dendam benci
praga gagah kegagahan di medan laga
dari choujiya, jabaliya hingga der el-balah


gaza bala terdera bala
derita rakyat ala karbala
cela dunia tersilang sila
semenjak dulukala

gaza bala terdera bala
akbar ! akbar ! akbar !
pembantaian manusia
betapa akbar
akbar ! akbar ! akbar !
teriak akbar sampai serak
amin anak lima taun tewas tertembak
berpuluh puluh amin pun aminah tewas tertembak
ratusan ribu hingga sejuta lebih manusia nyaris tewas terjebak


gaza bala terdera bala
akbar ! akbar ! akbar !
teriak akbar sampai serak
akbar oh betapa akbar
dosa dosa para pembesar
penguasa dunia akbar
penguasa dunia makar
penguasa dunia ingkar :
hak hak umat manusia mendasar !


gaza bala terdera bala
akbar ! akbar ! akbar !
dosa manusia berdosa akbar
pembinasa budi daya manusia
dendam kebencian tiada terkira
sekali pun di kerangkeng suci peradaban
sekali pun kibar kibar panji kemegahan
biadablah segala aksi kebiadaban
layak ganjaran yang maha akbar !


gaza bala terdera bala
derita rakyat ala karbala
cela dunia tersilang sila
semenjak dulukala
bila kah hilang sirna ?
di angkasa luas ingin ku lukis kaligrafi harmonis
kebebas-damaian umat manusia :
salam salom
alam dunia

(6 januari 2009)
BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minu man ringan kegemaran mengandungi arak .
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minu man itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah . Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minu man itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah .

Bagai man apun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minu man ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedi kit . Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih . Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0 . 1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah .

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minu man tidak dinyatakan dengan jelas pada label . . ' Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minu man ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya, ' katanya .
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Za man Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya .

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minu man dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan . ' Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen . Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami, ' katanya .

Beliau mengakui minu man tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena . . - Agensi

Monday, December 15, 2008

TERIMALAH SENTUHAN KASIH DARI TUHANMU

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Sahabat..
Mohonlah keampunan kepada ALLAH atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan..
Sama-samalah kita beristighfar memohon keampunanNya..
Moga-moga diampunkan dosa-dosa kita yang talah lalu..

Ya ALLAH..
Ku memohon keampunan daripadaMu..
memohon ampun daripada dosa-dosa yang talah aki lakukan sama ada sedar atau tidak..
Aku talah menganiaya diriku sendiri..
Malah mementingkan hawa nafsu dariMu...Ya ALLAH...
Sesungguhnya ak lalai dan leka serta lupa dari mengingatimu...YA ALLAH
Aku lebih banyak bergelak ketawa besama teman-temanku lebih daripadaMu..
Malah jarang sekali untuk ak menigati mati..
sedangkan ak tahu bahawa mati itu akan mendekatkan lagi diriku padaMu..Ya ALLAH

Antara dua kasih
Kasih ilahi
Kasih iman
Terimalah sentuhan kasih dari Tuhanmu Rabbul Izzati

Hambaku menyombongkan diri terhadapku dengan berbagai bentuk kemegahan
Sedangkan Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka
Aku yang menciptakan mereka namun yang disembah adalah selainku
Aku yang memberi rezeki namun selainku yang disyukuri

KebaikanKu sentiasa turun kepada para hamba
Tetapi kajahatan mereka lah yang naik kepadaKu
Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka segala nikmatKu
Sedangkan aku tidak memerlukan mereka

Mereka memancing kemurkaanKu debgan berbagai kemaksiatan
Padahal merekalah yang paling memerlukanKu
Sesiapa yang datang kepadaKu
maka akan Ku jemput ia dari kejauhan
Sesiapa yang berpaling dariKu
maka akan Ku memangilnya dari kajauhan
Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku
akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup
Sesiapa yang menginginkan keradhaanKu
Aku pun mengiginkan apa yang diinginkannya

Sesiapa yang bertindak dengan bergantung pada kekuasaanKu
Maka akan Ku lunakkan besi baginya
Dan sesiapa yang mementingkanKu dari selainKu
Akan ku pentingkannya lebih daripada orang lain
Orang yang mengerjakan maksiat
akan Ku buat mereka berputus asa dari rahmatKu
Jika mereka bertaubat kepadaKu
Maka akan Ku jadi Kekasih mereka
Sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencucikan diri

Satu kebaikan disisiKu adalah senilai sepuluh kali ganda yang sepertinya
Hingga ke tujuh ratus kali ganda
Hingga ke gandaan yang banyak sekali
Sedangkan kejahatan disisiKu
Adalah bernilai satu

Maka jika ia telah menyesal dan memohon keampunan dariKu
Nescaya akan Ku ampunkan
Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit
Dan mengampuni banyak kesalahan
Kasih sayangKu pada hambaKu adalah melebihi dari murkaKu

Sifat penyantunKu mendahului keputusanKu menjatuhkan hukuman
Pemberian maafKu lebih mendahului siksaanKu
Aku lebih pengasih kapada hamba-hambaKu
Lebih daripada kasih ibu kepada anaknya

Wahai sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian

ALLAH ada berfirman dalam sebuah Hadith Qudsi
maksudnya:
Jika mana-mana hambaKu taat kepadaKu
Aku redha kepadanya
Bila Aku redha kepadanya maka akan Aku berkati seluruh hidupnya
Sesunguhnya keredhaanKu tiada penghujungnya
Jika mana-mana hambaku berbuat maksiat kepadaKu
Maka Aku marah kepadanya
Bila Aku marah kepadanya bermakna Aku melaknatnya....



Sunday, November 30, 2008

12 waktu

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:- 
1. Semasa Lailatul-Qadar. 
2. Ketika hujan turun. 
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat. 
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan. 
5. Di tengah malam. 
6. Di antara azan dan iqamah. 
7. Ketika sujud dalam solat. 8. Ketika iktidal akhir dalam solat. 
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran. 

10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur). 
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat. 
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah

7 kalimah

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah

12 BARISAN DI HARI KIAMAT


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surahan-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :- 

BARISAN PERTAMA 
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT 
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..." 

BARISAN KELIMA 
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KEENAM 
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..." 


BARISAN KETUJUH 
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KESEPULUH 
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..." 

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuatbaik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Amin........jadilah kita orang yang Barisan keduabelas.