Saturday, November 22, 2008

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

from akhil's grup...

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi
terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT
untuk membimbing manusia ke arah jalan
kebenaran. Tidak seperti umat nabi-
nabi yang lain, umat nabi Muhammad
telah diperintahkan untuk mengerjakan
solat 5 waktu setiap hari. Ini
merupakan kelebihan dan anugerah Allah
SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana
solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan
kelak. Berikut diterangkan asal-usul
bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat
subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu
ketika baginda keluar dari syurga lalu
diturunkan ke bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan
baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi
Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur
kerana baginda terlepas dari kegelapan
malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur
kerana siang telah menjelma.


ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat
Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu
tatkala Allah SWT telah memerintahkan
padanya agar menyembelih anaknya Nabi
Ismail a.s.. Seruan itu datang pada
waktu tergelincir matahari, lalu
sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat
rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur
bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur
kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur
dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur
kerana korbannya digantikan dengan
tebusan kibas.


ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat
Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah SWT
dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,
sedang ketika itu telah masuk waktu
Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus
lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah
SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i)Rakaat pertama: Kelam dengan
kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air
laut. I
ii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut
ikan Nun.


MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat
Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu
ketika baginda dikeluarkan oleh Allah
SWT dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah
terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat
kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan
ketuhanan selain daripada Allah yang
Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan
tuduhan dan juga tohmahan ke atas
ibunya Siti Mariam yang telah dituduh
melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan
kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua
atau tiganya.


ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat
Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada
ketika itu, Nabi Musa telah tersesat
mencari jalan keluar dari negeri
Madyan, sedang dalam dadanya penuh
dengan perasaan dukacita. Allah SWT
menghilangkan semua perasaan
dukacitanya itu pada waktu Isyak yang
akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa
empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita
terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita
terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita
terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita
terhadap anak Firaun

No comments: